My Add

Friday 4 January 2013

Saya masih dikatakan sesat'

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

PASIR MAS, KHAMIS, 03 Januari, 2013: "Saya lepaskan semua jawatan dalam UMNO cawangan demi menghormatinya. Saya laksanakan apa yang dikehendakinya dan mengajar bekas suami membaca al-Quran sehingga pandai tetapi saya masih dikatakan sesat."

Demikian luahan hati seorang guru agama, Che Hasnah Che Ahmad, 62, ketika menceritakan pengalamannya berumah tangga dengan bekas suaminya yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi dan menjadi pengikut tegar Pas.

Che Hasnah berkata, sebagai seorang isteri yang mahu patuh kepada suami, dia sanggup berkorban dan tidak terlibat dalam politik kerana menghormati suaminya namun ia masih belum cukup kerana selagi tidak menjadi ahli Pas, dia tetap kafir di mata bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78.

"Sebelum dia berkahwin dengan saya dia langsung tidak menghadiri kenduri kahwin orang UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO tetapi selepas kahwin, saya menasihatinya dan ada masanya dia akan datang juga ke kenduri kahwin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment