My Add

Thursday 3 January 2013

Krisis air boleh takutkan pelabur ke Selangor: Noh Omar

SHAH ALAM, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata Selangor dikhuatiri akan menjadi negeri yang mundur berikutan ketiadaan pelabur yang berani melabur dalam jangka masa panjang akibat krisis air yang semakin kritikal.

Beliau berkata, kerajaan negeri seolah-olah menganggap isu air bukan masalah serius dan tidak memandang jauh setiap perancangan yang dibuat.

Katanya, ini jauh berbeza dengan kerajaan BN yang lebih fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

"Jika kerajaan negeri tetap berdegil dengan isu air ini kita khuatir akibat tiada jaminan air bersih yang cukup untuk tempoh panjang, ia boleh menyebabkan kilang-kilang menutup operasinya dan mengakibatkan kira -kira 12,000 peluang pekerjaan hilang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13), Noh berkata jentera BN negeri sudah bersiap sedia seolah-olah PRU akan dilaksanakan esok.

"Saya yakin, dengan program dan aktiviti yang kita laksanakan, kita mampu menang 30 kerusi dan Selangor kembali ke tangan kita (BN)," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment