My Add

Friday 4 January 2013

Kukuhkan fahaman Islam, perpaduan banteras usaha pecah-belahkan ummah 

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Umat Islam di negara ini perlu mengukuhkan kefahaman agama masing-masing supaya tidak mudah diseleweng oleh mana-mana pihak bagi kepentingan politik mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain itu pengukuhan semangat kerjasama dan perpaduan juga penting kerana pada masa ini umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh mengundang kepada perpecahan.

"Ada pihak-pihak yang menggunakan agama untuk pecah-belahkan umat Islam. Ada fatwa-fatwa yang dikeluarkan pihak-pihak tertentu, parti-parti politik yang tak mendukung perjuangan kerajaan. Mereka keluarkan pelbagai kenyataan yang kadang-kadang timbulkan perbalahan malah perpecahan yang bukan baru.

"Hal ini harus dibanteras. Cara nak banteras, kukuhkan kefahaman tentang apa itu Islam sebenarnya, supaya kita tak diseleweng akidah kita oleh pihak-pihak yang sebenarnya menggunakan agama untuk tujuan politik mereka," katanya ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment