My Add

Friday 4 January 2013

Mangsa banjir tipu status untuk bantuan wang ehsan bakal berdepan SPRM

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Mana-mana mangsa banjir yang menipu mengenai status mereka untuk mendapatkan bantuan RM500 wang ehsan banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal berhadapan dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penolong Setiausaha MKN Terengganu Mohd. Sarif Hassan berkata setiap mangsa banjir diwajib membuat surat perakuan melalui borang SPRM dan mereka yang didapati menipu akan disoal siasat badan itu.

Beliau berkata, MKN kini dalam peringat awal proses penyaluran wang ehsan itu dan setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang penipuan.

"Oleh kerana kita nak mengelakkan mereka ini menerima wang secara tidak jujur, kami perlu buat semakan yang terperinci (mengenai mangsa banjir) dan ini akan mengambil sedikit masa.

"Jika ada penipuan, kami akan terus rujuk kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas mengiringi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Gotong-royong Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment