My Add

Saturday 12 January 2013

Lagi kejadian tembakan di AS

TAFT, California, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Belum reda isu tembakan rambang di sebuah sekolah di Connecticut, Amerika Syarikat (AS), satu lagi kejadian tembakan rambang berlaku di sebuah sekolah tinggi di pedalaman California, semalam mengakibatkan seorang pelajar cedera parah.

Insiden terbaharu itu melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun yang membawa senapang patah ke Sekolah Tinggi Taft Union dan menembak seorang pelajar sebelum melepaskan tembakan rambang namun tersasar.

Pelajar itu bagaimanapun berjaya dipujuk untuk menyerah diri oleh beberapa guru dan pekerja sekolah itu.

Syerif Donny Youngblood dalam satu sidang media semalam berkata, mangsa tembakan kini berada dalam keadaan kritikal, namun stabil, manakala suspek sedang ditahan untuk siasatan.

Menurut beliau, suspek didakwa menggunakan senapang milik abangnya dan sudah merancang untuk menembak dua rakannya sejak malam. Polis turut menemui beberapa senjata dalam poket penyerang.

Video pengawasan menunjukkan penyerang cuba menyembunyikan senapang tersebut ketika dia memasuki sekolah itu melalui pintu masuk tepi sekolah itu selepas sekolah bermula, pagi semalam.

Selepas tembakan dilepaskan dalam sebuah kelas, guru yang berada di situ Ryan Heber, cuba membawa keluar lebih 20 pelajar melalui pintu belakang kelas tersebut dan cuba mengalihkan perhatian penyerang dengan berunding dengannya, kata Youngblood.

Penyelia sekolah, Lee Fields yang datang ke kelas tersebut, juga cuba berunding dengan suspek.

"Mereka meminta suspek meletakkan senapang, namun suspek berulang kali menyatakan dia tidak mahu menembak pelajar lain kecuali menyebut dua nama yang menjadi sasarannya," katanya.

Jelas Youngblood, suspek mendakwa dua pelajar tersebut membulinya sejak lebih setahun lalu.

Nama suspek tidak didedahkan kerana masih di bawah umur. - AGENSI

No comments:

Post a Comment