My Add

Saturday 12 January 2013

Bon, ekuiti tarik minat pelabur

Oleh Azman Ibrahim
 
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Pasaran bon dan ekuiti Malaysia dijangka menarik minat pelabur asing pada tahun ini, sekali gus mengekalkan momentum pertumbuhan pada tahun lalu, menurut penganalisis ekonomi Standard Chartered Bank (StanChart).

Perancang Strategi Pelaburan Kanan StanChart (Pengurusan Kekayaan Kumpulan Perbankan Penggunanya), Manpreet Gill berkata, salah satu faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan disebabkan kestabilan Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Katanya, Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS pada kadar RM2.90 pada akhir tahun ini.

Malah, pihaknya menyarankan keselesaan bagi pelabur asing untuk memilih bon dalam mata wang tempatan Asia (kecuali Yen) dalam tempoh matang jangka panjang berbanding bon dalam mata wang AS - UTSAN

No comments:

Post a Comment