My Add

Wednesday 2 January 2013

Lelaki sanggup berendam di dalam tangki air elak ditangkap khalwat

*SEORANG lelaki yang cuba menyembunyikan diri memanjat keluar dari tangki air semasa Jabatan Agama Islam Sarawak membuat serbuan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak, awal pagi semalam.

KUCHING, SELASA, 01 Januari, 2013: Seorang pemuda sanggup berendam di dalam tangki air milik sebuah hotel bajet di Jalan Sekama, di sini bagi mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang menjalankan operasi cegah maksiat sempena tahun baharu awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipercayai menginap bersama teman wanitanya itu hanya sempat menyarungkan seluar sebelum melarikan diri menerusi tingkap dan terjun ke dalam tangki yang terletak di bahagian luar hotel.

Terdahulu, pemeriksaan ke atas sebuah bilik yang dihuni seorang wanita berusia 20-an mendapati terdapat beberapa barangan lelaki seperti baju, jam tangan, topi keledar dan kasut manakala tingkap bilik dalam keadaan terbuka luas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment