My Add

Wednesday, 2 January 2013

OPR dijangka kekal 3.0% pada 2013

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Kenanga Research optimis bahawa kadar dasar semalaman (OPR) akan kekal 3.0 peratus pada hampir keseluruhan tahun depan kerana paras semasa masih akomodatif.

Menurut satu kenyataan katanya, Bank Negara Malaysia dijangka dapat memotong 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada suku pertama 2013 walau dalam keadaan yang paling buruk apabila keadaan empat ekonomi utama menjadi semakin teruk pada suku pertama tersebut.

"Sedang tahun ini semakin menutup tirainya dan pilihan raya umum semakin dekat, banyak pihak memilih untuk mengurangkan perbelanjaan, sama ada perniagaan, isi rumah dan malah projek yang sedang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Sambil melihat ke hadapan, keadaan ekonomi sepatutnya bertambah baik tetapi ketidaktentuan sebelum dilaksanakan pilihan raya dan ditambah dengan keadaan ekonomi global, ia akan memakan masa yang agak panjang sebelum kita dapat melihat trend pertumbuhan kukuh sekali lagi," katanya.

Kenanga Research juga berkata, keadaan ekonomi domestik masih berada pada paras yang terurus di sebalik aliran masuk modal yang tetap. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment