My Add

Thursday 24 January 2013

LHDN sasar kutip RM129b cukai tahun ini

SUNGAI PETANI, RABU, 23 JanUARI, 2013: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM129 bilion sepanjang tahun ini selepas mencapai kutipan tertinggi dalam sejarah percukaian tahun lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, LHDN hanya meletakkan sasaran awal RM110 bilion tahun lalu, tetapi berjaya mengutip cukai sebenar sebanyak RM124.8 bilion.

“Pada akhir 2011, kita mulanya meletakkan sasaran RM110 bilion yang mana ketika itu dianggap boleh dicapai.

“Namun, pada pertengahan tahun, kita dapati kutipan melebihi RM110 bilion, jadi sasaran diubah kepada RM115 bilion dan kemudiannya kepada RM118 bilion seterusnya RM123.6 bilion. Jadi tahun ini, kita jangkakan dapat kutip RM124.8 bilion," katanya selepas majlis Perasmian Menara Hasil Sungai Petani, di Bandar Amanjaya, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment