My Add

Monday 21 January 2013

Malaysia model terbaik dicontohi

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Malaysia diminta membantu serta membimbing masyarakat Islam di Kemboja untuk membangunkan sistem pendidikan Islam, institusi zakat dan industri halal di negara itu.

Ahli Parlimen Kemboja, Zakaryya Adam berkata, Malaysia merupakan model terbaik yang boleh dicontohi kerana terbukti telah berjaya mengembangkan sistem ekonomi Islam sehingga diakui di serata dunia.

Beliau berkata, pihaknya mengakui Malaysia sememangnya antara negara yang menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat Islam di Kemboja, namun bantuan tersebut tidak dapat diagihkan dengan sempurna akibat ketiadaan sistem yang baik.

''Sehubungan itu, kami berharap kerajaan Malaysia termasuk pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta dapat datang membantu dan membimbing kami dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang baik, sistematik dan cekap. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment