My Add

Monday 21 January 2013

Penganut Kristian harus bersikap toleransi - Paderi Jahja

Daripada Saharudin Musthafa

JAKARTA, AHAD, 20 Januari, 2013: Penganut agama Kristian di Malaysia harus bersikap toleransi menerima kebenaran bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk kegunaan umat Islam.

Segala desakan yang dibuat untuk meminta kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian tegas Paderi Jahja Iskandar, hanya akan mencetuskan suasana kurang elok dalam masyarakat.

Menurut Jahja (atau disebut Yahya), beliau yakin penganut agama Kristian yang rasional di Malaysia boleh menerima kebenaran itu tanpa sebarang rasa prejudis.

"Apa lagi agama Kristian juga mengajar penganutnya supaya menanam nilai-nilai peradaban yang baik dalam kehidupan mereka.

"Justeru, saya menasihatkan pengurusan gereja atau pemimpin-pemimpin Kristian supaya menerima kebenaran ini dengan rasa terbuka," kata Jahja kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment