My Add

Sunday 27 January 2013

Negara makmur hasil keputusan tepat rakyat - PM

Oleh HASHNAN ABDULLAH

SEPANG, AHAD, 27 Januari, 2013: Perdana Menteri menyifatkan kemakmuran dan kerahmatan dinikmati selama ini kerana majoriti rakyat Malaysia telah membuat keputusan tepat untuk bersama kepimpinan yang sentiasa melakukan terbaik untuk mereka.

Justeru, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin jika majoriti rakyat terus bersatu dalam membuat pilihan yang tepat itu, sudah pasti masa depan negara akan lebih gemilang di masa depan.

“Saya keluar negara bukan untuk memburuk dan memperlekehkan Malaysia tetapi saya pergi untuk menjulangkan nama negara.

“Rakyat Malaysia sepatutnya layak menerima kepimpinan yang sentiasa melakukan terbaik untuk mereka dan bukannua menidak segala-galanya atas urusan politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir menyambut kepulangannya dari lawatan rasmi ke Mesir dan Gaza serta Forum Ekonomi Dunia di Davos, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment