My Add

Sunday 27 January 2013

Polis buru suspek tembak pengawal kelab malam

*ABDUL Rahim Hanafi (kanan) menunjukkan gambar dua lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang pengawal kelab malam yang mati ditembak dalam satu pergaduhan di Desa Murni, Sungai Dua Pulau Pinang di sini baru-baru ini. - UTUSAN

BUTTERWORTH, AHAD, 27 Januari, 2013: Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pengawal kelab malam yang mati ditembak dalam satu pergaduhan di Desa Murni, Sungai Dua di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes itu ialah Oii Chin Ling, 26, dikenali sebagai Kenny dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Tuo Taw.

“Berdasarkan maklumat, alamat terakhir Kenny adalah di Lorong Kenari 2, Sungai Ara, manakala Tuo Taw dipercayai tinggal di Jelutong.

“Buat masa ini polis telah menahan 10 suspek yang terlibat dalam kes tersebut dan memerlukan dua lagi suspek itu untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Balai Polis Butterworth hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment