My Add

Saturday 12 January 2013

Pembangkang nasihat peserta perhimpunan KL112 langkah hadapi rusuhan

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Meskipun pembangkang yang mendalangi perhimpunan KL112 memberi jaminan perhimpunan akan dilakukan secara aman, namun kenyataan sebaliknya dinyatakan di laman-laman portal pembangkang apabila ia menasihati dan menggariskan langkah persediaan menghadapi rusuhan jika keadaan itu berlaku.

Kenyataan yang dikeluarkan semalam di dalam www.harakahdaily.net dan www.keadilandaily.com disaran mengikuti garis panduan ditetapkan penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan, yang dilihat condong kepada menasihati peserta mengambil langkah persediaan dalam menghadapi tindakan polis.

Pembangkang menyatakan antara yang perlu dibawa ke perhimpunan itu ialah baju hujan untuk mengelak diri daripada cecair kimia, pakaian bersih dalam beg untuk ditukar jika terkena bahan kimia, membawa sapu tangan atau tuala kecil untuk menutup mulut dan hidung sekiranya bahan kimia dilepaskan.

Sebelum ini, pengerusi penganjur perhimpunan itu yang juga Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu memberi jaminan Himpunan Shamsidar akan berjalan secara aman.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga menasihatkan penganjur serta peserta supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana keamanan awam menjadi keutamaan polis.

Kenyataan pembangkang itu turut mengajar peserta bagaimana bertindak jika terkena bahan kimia termasuk menasihatkan peserta supaya bertenang dan tidak panik.

Di akhir kenyataan itu, pembangkang menyatakan bahawa "Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment