My Add

Monday 14 January 2013

PKPM, FOMCA antara NGO sambut baik kelayakan pemohon RMR1M

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januari, 2013: Langkah supaya semua kelayakan permohonan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) ditentukan melalui empat panel bank yang dipilih oleh Syarikat Perumahan Negara (SPNB) merupakan tindakan tepat bagi mengelakkan risiko hutang tidak berbayar yang sekali gus boleh membebankan pemohon.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, langkah itu dilihat berupaya dalam memastikan RMR1M benar-benar dapat membantu golongan sasar iaitu mereka yang berpendapatan rendah seperti nelayan dan petani memiliki kediaman sendiri.

"Keputusan supaya individu yang mempunyai sejarah kewangan yang bersih sahaja layak memohon memang membantu terutama bagi mengatasi kadar hutang tidak berbayar dalam kalangan pemohon. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment