My Add

Monday 14 January 2013

Sedia unjuran keperluan rakyat elak krisis air

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januari, 2013: Satu unjuran keperluan rakyat, terutama dalam isu pembekalan air perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti dan menyelesaikan permintaan bekalan tersebut yang semakin meningkat.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, permintaan yang melebihi penawaran terhadap bekalan air kini perlu tindakan dan penyelesaian segera.

Katanya, krisis bekalan air di beberapa kawasan negeri Selangor tidak sepatutnya dipolitikkan dan setiap pertelagahan perlu dihentikan untuk mengelakkan masalah ini berterusan.

“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), kerajaan negeri dan Persekutuan serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) perlu duduk dan berunding bagi menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Pam sedia ada yang didakwa Syabas telah melebihi kapasiti ekoran meningkatnya keperluan penduduk daripada 136 juta liter sehari kepada 220 juta liter sehari. Oleh itu, Syabas perlukan peningkatan dari segi kemudahan dan loji untuk menguruskan bekalan tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment