My Add

Thursday 24 January 2013

Rakyat bangga dengan lawatan Najib ke Gaza

KUALA LUMPUR, RABU, 23 Jan Lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin yang disifatkan sebagai simbol sokongan tertinggi kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin mendapat pujian daripada rakyat negara ini hari ini.

Pujian tersebut dizahirkan menerusi pelbagai medium dan yang paling ketara adalah menerusi laman Facebook serta Twitter beliau apabila puluhan ribu menyatakan sokongan terhadap usaha tersebut dengan di Facebook sahaja seramai 17,558 memuji langkah bersejarah itu.

Menerusi entri bergambar Perdana Menteri yang melahirkan kesyukuran beliau selepas segala urusan di Gaza selamat dan berjaya, menarik minat 2,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa dan keturunan untuk memberi komen yang cukup positif.

Malah, gambar bersejarah yang memaparkan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas, Ismail Haniyeh di Gaza turut dimuat naik dan dikongsi oleh 677 rakyat selain ada antara mereka meminta usaha murni itu diteruskan bagi membantu rakyat Syria pula.

Antara rakyat Malaysia yang berbangga dengan usaha murni itu ialah Ahipudin Ahmad apabila berkata, lawatan Perdana Menteri ke Gaza bukan sahaja memberi sokongan material tetapi lebih penting keyakinan moral kepada rakyat Palestin untuk terus berjuang menentang Israel.

"Saya bangga dengan Perdana Menteri kerana dengan kunjungan ke Gaza bukan sahaja memberikan sokongan material tetapi moral agar supaya rakyat Palestin bersemangat mempertahan hak yang dirampas zionis. Ia juga mencermin sokongan rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment