My Add

Thursday 24 January 2013

Filipina hanya menyukarkan keadaan

BEIJING, RABU, 23 Januari, 2013: China hari ini berkata, tindakan Filipina yang membawa tuntutan bertindih ke mahkamah timbang tara hanya akan menyukarkan keadaan.

China yang mengecam Filipina dalam isu itu turut mendakwa negara tersebut telah 'menjajah secara haram' pulau-pulau di Laut China Selatan.

Manila semalam telah meminta tribunal timbang tara di bawah Konvensyen Undang-undang Kawasan Maritim PBB (UNCLOS) untuk mengarahkan Beijing menghentikan aktiviti yang didakwanya melanggar kedaulatan.

Ketika diminta mengulas tentang tindakan itu, Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, Filipina telah menjajah beberapa pulau milik China di Laut China Selatan.

"China dengan kuat menolak penjajahan Filipina itu," katanya kepada sebuah akhbar harian di sini.

Menurutnya, China menyokong rundingan, tetapi hanya antara negara-negara terlibat seperti yang dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN. - Agensi

No comments:

Post a Comment