My Add

Wednesday 2 January 2013

Sindiran C.N. Al-Afghani kepada Hadi Awang

KUALA LUMPUR, SELASA,  01 Januari, 2013: Bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail tidak berhasrat untuk membalas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlekehkan taraf pendidikannya biarpun kecewa.

Sebaliknya, beliau yang lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani kerana sanggup berhijrah ke Afghanistan dan berjuang bersama mujahidin demi mencari syahid, melontarkan satu kenyataan yang cukup mendalam maksudnya.

"Saya tidak dapat komen sebab guru sekolah rendah Melayu hanya tahu A, B, C," katanya sinis menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hadi memperlekehkannya berhubung isu amanat.

Abdul Hadi ketika mengulas pendedahan Zainon bahawa terdapat puluhan ribu pengikut Pas masih percaya UMNO kafir berkata, bekas ahli seumur hidup Pas itu cuma seorang guru sekolah rendah.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment