My Add

Wednesday, 2 January 2013

Keluar Pas kerana tidak sanggup pecah belahkan umat Islam

PADANG TERAP, SELASA,  01 Januari, 2012: Seorang bekas pemimpin Pas di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti itu selepas tidak sanggup lagi memecah belahkan umat Islam di kampungnya dengan menghasut mereka agar mempercayai Amanat Haji Hadi.

Che Kasa Awang, 56, berkata, sebagai Timbalan Majlis Ketua Kampung (MKK) Cawangan Padang Nyiur di sini, dia melaksanakan tugas itu atas arahan parti.

Namun atas kesedaran diri sendiri, dia mengambil tindakan nekad meninggalkan parti dan jawatan tersebut pada Disember 2011 kerana bimbang akan memesongkan akidahnya dan orang lain.

Menurutnya, dia juga terpengaruh dengan perjuangan Pas yang kononnya cuba menegakkan syiar Islam.

"Saya masuk Pas selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana pada sangkaan saya inilah parti yang sesuai dengan jiwa, namun harapan itu meleset sama sekali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment