My Add

Sunday 20 January 2013

Syirik kalimah Allah diguna agama lain

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM, SABTU, 19 Januari, 2013: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mengingatkan orang Islam bahawa tindakan meredakan kalimah Allah digunakan untuk agama-agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kufur.

Beliau berkata, kalimah suci tersebut tidak sesekali boleh dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain kerana akan mencemarkan kesucian Islam dan satu undang-undang perlu diwujudkan bagi melindungi kalimah Allah.

Tegas beliau, umat Islam wajib mempertahankan kalimah Allah meskipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

“Reda dengan perkara yang kufur boleh menjadi kita kufur sama. Saya sarankan perlu ada perlindungan dalam bentuk undang-undang bahawa Allah adalah eksklusif untuk orang Islam.

“Tidak boleh orang bukan Islam gunakan perkataan Allah dalam kitab mereka," kata beliau ketika menyampaikan ceramah khas mengenai kalimah Allah di hadapan kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment