My Add

Sunday 20 January 2013

Azmin tidak guna akal - Harun

KUALA TERENGGANU, SABTU, 19 Januari, 2013: Dewan Ulama Pas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dianggap membuat kenyataan tidak guna akal kerana menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama berhubung penggunaan kalimah Allah.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan, Azmin tidak berhak untuk mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam dan pendirian itu tidak akan berubah.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Azmin adalah di luar kemampuannya berfikir selain pendapat berkenaan dibuat tidak berasaskan akal sedangkan Majlis Syura menggunakan hujah dan dalil sahih dalam membuat ketetapan.

“Dia (Azmin) cakap tak pakai akal, jadi tak payah ambil kira pendapat atau pendirian yang dia buat. Tak apalah dia hendak kata apa pun, kita tak ada masalah. Tak jejas apa-apa pun. Apa sahaja yang dia kata, walaupun dia tidak setuju tetapi kita tetap dengan keputusan asal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment