My Add

Thursday 3 January 2013

Tokoh agama minta isu kalimah Allah dihenti

 Dari kiri : Mohd. Yusof , Abdul Halim
KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Tokoh-tokoh agama di negara ini meminta supaya isu kalimah Allah tidak lagi dibangkitkan kerana keputusan berkaitan perkara tersebut telah diputuskan sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin menegaskan, orang bukan Islam tidak wajar menggunakan kalimah Allah kerana penggunaannya membawa maksud berbeza.

"Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan 2008 telah memutuskan agama lain tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

"Pengertian kalimah Allah bagi umat Islam adalah berbeza dengan Kristian. Hal ini akan membawa rasa tidak selesa kepada umat Islam jika bukan Islam dibenar menggunakannya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini yang menggesa supaya kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment