My Add

Thursday 3 January 2013

Unisel tutup 9 asrama

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, RABU, 02 Januari, 2013: Kira-kira 6,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) yang akan memulakan sesi pengajian mereka tidak lama lagi terpaksa tinggal di luar kampus di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini, berikutan sembilan asrama universiti milik kerajaan negeri itu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

Utusan Malaysia difahamkan, penutupan itu dibuat atas arahan Jabatan Audit Negara dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berikutan wujudnya masalah binaan termasuk struktur bangunan yang dikatakan tidak selamat didiami penuntut.

Malah, masalah itu dikatakan turut melibatkan keretakan pada bangunan asrama-asrama berkenaan termasuk masalah mendapan tapak bangunan tersebut yang dibina di kawasan bekas lombong.

Pegawai Perhubungan Awam Unisel, Hasril Abu Hassan yang mengesahkan penutupan itu berkata, pihaknya telah menyediakan lima lokasi penempatan sementara sebagai asrama para penuntut universiti terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment