My Add

Saturday 26 January 2013

Undang-undang baru tarik minat pelabur asing

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Pengenalan undang-undang baru di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (LIBFC) pada 2010 menjana banyak minat di kalangan pelabur asing.

Undang-undang baru itu adalah Akta Kewangan dan Sekuriti Labuan, Akta Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan, Akta Yayasan Labuan, Akta Liabiliti Terhad Labuan.

Rakan First Fiduciary (Labuan) LLP, Datin Isharidah Ishak, berkata undang-undang baru itu menggalakkan pelabur asing untuk menubuhkan yayasan dan perkongsian liabiliti terhad kerana mereka yakin dengan sistem perundangan LIBFC.

"Akta-akta baru itu lebih meyakinkan, potensinya terserlah di peringkat antarabangsa juga," katanya kepada BERNAMA dalam satu wawancara.

Isharidah, yang membekalkan perkhidmatan pengurusan harta berkata Akta Yayasan Labuan menghasilkan industri pengurusan harta yang rancak.

Beliau berkata, akta itu yang mentadbir urus yayasan di LIBFC berperanan untuk melindungi harta pelanggan selepas kematian mereka.

Katanya akta itu tidak terkandung dalam amalan perundangan biasa di Malaysia tetapi hanya di LIBFC.

"Oleh sebab itu, ramai rakyat asing tertarik kepada Labuan kerana mereka tahu bahawa Labuan adalah kawasan yang sesuai untuk pengembangan perniagaan mereka serta untuk menguruskan harta mereka," katanya.

Isharidah berkata, prasarana di Labuan sangat baik dan rangka kerja kawal atur Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan ditadbir urus oleh Bank Negara Malaysia.

"Labuan juga mempunyai prasarana awam yang naik. Sekolah dan jalan raya Labuan terurus dan terdapat banyak ciri yang boleh menarik mereka yang mencari jentera untuk menstrukturkan harta mereka," katanya.

LIBFC menawarkan peluang perundangan rejim pengawal atur yang mesra perniagaan dan akses kepada kebanyakan daripada 70 triti percukaian berganda kepada pelabur global dan pembekal perkhidmatan kewangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment