My Add

Friday 18 January 2013

Wanita bersalin di Kompleks Mahkamah

*ORANG ramai di pekarangan Kompleks Mahkamah memberi bantuan kepada Shahidawati Shabudin yang hendak melahirkan anak di Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Kompleks Mahkamah di sini hari ini gempar seketika apabila dikejutkan dengan peristiwa seorang ibu tiba-tiba bersalin di tempat menunggu orang awam di kompleks tersebut kira-kira pukul 11 pagi ini.

Difahamkan wanita berkenaan berada di mahkamah kerana menunggu suaminya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).

Shahidawati Shabudin, 37, dikatakan sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin ketika sedang menunggu suaminya itu.

Peguam, Suhaila Ahmad yang berada di tempat kejadian berkata, Shahidawati sebenarnya baharu sahaja keluar dari mahkamah apabila dia dilihat seperti menahan sakit tetapi digagahi juga melangkah untuk mencari tempat duduk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment