My Add

Friday 18 January 2013

RM2.99 juta diagih kepada pesawah

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, KHAMIS, 17 Januaro, 2013: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengagihkan sebanyak RM2.99 juta bantuan ihsan kepada seramai 2,192 pesawah padi di negeri ini yang mengalami kerugian akibat banjir pada Disember lalu.

Bantuan tersebut diagihkan kepada setiap pesawah yang bernaung di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Rancangan Pembangunan Pertanian (IADA) meliputi kawasan penanaman padi seluas 2,875 hektar.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, bantuan tersebut disampaikan segera bagi meringankan beban setiap pesawah yang memerlukan modal pusingan untuk memulakan kembali penanaman padi bagi musim pertama tahun ini.

"Agihan bantuan merangkumi RM1.27 juta kepada petani di kawasan KADA manakala RM1.32 juta lagi kepada petani di kawasan IADA Kemasin Semerak dan sebanyak RM396,000 bantuan turut disampaikan kepada petani luar jelapang," katanya.. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment