My Add

Friday 4 January 2013

Yuna kini anak didik David Foster

 Yuna

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Penyanyi, penulis lirik dan komposer kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna semakin mengorak langkah ke hadapan dalam karier seninya apabila bakal menyertai syarikat rakaman Verve Music Group.

Verve Music Group merupakan antara syarikat rakaman terunggul dalam muzik jazz di Amerika Syarikat (AS) yang dipengerusikan oleh penerbit dan komposer terkenal, David Foster.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Foster, 63, melalui laman sosial Twitter miliknya.

“Saya amat teruja dengan kehadiran artis baru dalam syarikat kami, nantikan kemunculan Yuna pada 2013 ini," katanya.

Dengan perkembangan tersebut, Yuna, 26, kini telah meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi ternama lain dalam syarikat terbabit seperti Gloria Estefan, Daryl Hall, Queen Latifah dan Diana Krall.

Yuna juga diberikan penghargaan khas iaitu Anugerah Ikon Generasi Muda untuk kategori seni dari kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55, Ogos lalu.

Sementara itu, pelantun lagu Terukir Di Bintang yang turut tercalon ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) pada 6 Januari ini juga telah mengumumkan beliau tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana terikat dengan rakaman album kedua di AS. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment