My Add

Friday 4 January 2013

Mahkamah benar permohonan kerajaan padam enam persoalan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk memadamkan enam persoalan yang terdapat dalam pernyataan saksi peguam, Rosli Dahlan berhubung kes saman fitnah RM50 juta yang dikemukakan oleh beliau terhadap 16 defendan.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian sewaktu prosiding kes tersebut di kamar beliau hari ini.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad ketika ditemui pemberita, mahkamah membuat keputusan tersebut atas alasan persoalan-persoalan yang dipadamkan itu penuh dengan unsur dengar cakap, tidak relevan dan tidak diikrarkan dalam pernyataan tuntutan Rosli selaku plaintif.

Beliau turut menyatakan, enam persoalan yang dibangkitkan tersebut membabitkan pihak ketiga yang tidak dinamakan sebagai defendan sekali gus mereka tidak berpeluang untuk menjawab dakwaan-dakwaan plaintif. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment