Anak Muda Melayu Kedah kecam Tony Pua, tuntut segera mohon maaf
KUALA LUMPUR, SABTU, 23 November, 2013: Anak Muda Melayu Kedah mengecam kebiadaban Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai 'anjing' baru-baru ini.
Jurucakap mereka, Safuan Hamzah, 30, berkata, pihaknya dari pelbagai fahaman politik berasa sangat marah dan menggesa Tony serta pemimpin DAP yang lain seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang segera memohon maaf kepada umat Melayu serta Islam di negara ini.
Hampir 95 peratus kakitangan awam dalam ROS adalah orang Melayu, jadi kami tuntut Tony segera memohon maaf. Susah sangatkah nak mohon maaf kepada orang Melayu dan Islam dan besar sangatkah Guan Eng, Kit Siang serta Tony yang senang-senang mempermainkan Islam serta orang Melayu?
Kami ingin ingatkan mereka yang mempermainkan orang Melayu dan Islam supaya jangan main-main dengan kami. Jangan mempermainkan agama dan bangsa kami," tegasnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Safuan turut mengetuai bantahan aman sekumpulan kira-kira 40 belia selama kira-kira 15 minit selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Muzaffar, Sungai Petani, Kedah.
Kumpulan tersebut berkumpul sambil melaungkan pelbagai kecaman serta mengangkat pelbagai sepanduk bagi menyatakan kemarahan terhadap tindakan pemimpin pembangkang itu.
Dalam pada itu, Safuan turut mempersoalkan ketiadaan sebarang tindakan diambil daripada kepimpinan DAP terhadap perbuatan Tony tersebut.
Kami merasakan tindakan Tony ini seperti direstui oleh Guan Eng mahupun Kit Siang. Maka tidak terkejut pada kami dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang lalu, tiada seorang pun Melayu tulen yang menang kerana sememangnya DAP adalah anti-Melayu dan Islam.
Kami tidak mahu Melayu di Malaysia menjadi Melayu di Singapura. Parti Pas melenting apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh katakan sesuatu kepada mereka dan kali ini melibatkan Melayu dan Islam, sudah tentu kami sebagai anak muda Melayu melenting dan marah," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment