Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
KANGAR, SABTU, 23 November, 2013: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melahirkan kebimbangan berhubung kewujudan Melayu liberal dan moderat yang tidak lagi mempedulikan kepentingan bangsa sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, titah baginda, perbezaan politik perlu dilupakan supaya masyarakat dapat bersatu tanpa mengira ideologi dalam usaha membina bangsa.
"Saya yakin jika setiap pihak menjalankan tanggungjawab dengan jujur, telus, tidak berkepentingan dan penuh komited, maka segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ke-59 di Dewan Warisan di sini malam tadi.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabry Ahmad dan Presiden GPMS, Jais Abdul Karim.
Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan anugerah GPMS kepada penerima pelbagai kategori di atas jasa serta sumbangan mereka terhadap bangsa dan negara termasuk Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan yang menerima anugerah Tokoh Pemikir GPMS.
Sambil melahirkan penghargaan kepada GPMS, Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa baginda akan sentiasa memberikan pandangan dan sokongan kepada GPMS untuk sama-sama membangunkan minda anak bangsa dalam memastikan mereka tidak sekali-kali ketinggalan.
"Penghargaan juga kerana Perlis dipilih sebagai tempat persidangan GPMS ini. Diharap perwakilan dari seluruh negara yang berkampung di sini dapat meluangkan masa menghayati keindahan negeri ini sambil berbelanja sedikit selain bermesyuarat," tambah baginda.
Baginda juga berhasrat melihat perjuangan GPMS terus aktif dalam usahanya untuk memartabatkan pendidikan orang-orang Melayu di negara ini selain perlu terus relevan mengikut tuntutan semasa.
"GPMS ditubuhkan sebelum merdeka dengan keadaan orang Melayu ketika itu masih mundur dan miskin. Selama hampir 65 tahun, badan itu masih bernafas dan terus hidup dalam memastikan anak bangsa tidak terus terpinggir.
"Sehubungan itu, janganlah tiap-tiap perkara yang hendak dilaksanakan dipolitikkan kerana akan mudah dimanipulasikan oleh pihak lain," saran baginda.
Menurut Tuanku Syed Faizuddin, perjuangan GPMS tidak mempunyai sebarang agenda politik dan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa. - UTUSAN
![]() |
*TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan anugerah Tokoh Pemikir GPMS 2013 kepada Zaini Hassan dalam Persidangan Agung Tahunan GPMS Ke-59 di Dewan Warisan, Kangar malam kelmarin. |

No comments:
Post a Comment