My Add

Saturday, 23 November 2013

Jadi hamba di Britain: Kementerian Wanita sedia beri kaunseling

PUTRAJAYA, SABTU, 23 November, 2013: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa yang dikurung selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan London.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, bagaimanapun pihaknya akan meneliti keadaan mangsa terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

"Sekarang kita masih menunggu maklumat daripada Wisma Putra berhubung perkembangan wanita itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Sukarelawan Kebajikan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai wanita Malaysia berusia 69 tahun yang diselamatkan dari sebuah rumah bersama-sama dua lagi, selepas 30 tahun dikurung dengan seorang daripada mereka turut dijadikan hamba sepanjang usianya.

Pihak berkuasa Britain turut menahan sepasang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 67 tahun, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment