My Add

Sunday, 24 November 2013

Majlis Syura Ulama perlu siasat kempen serang peribadi

 Dr. Asiah Ali

SHAH ALAM, SABTU, 23 November, 2013: Majlis Syura Ulama Pas diminta melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap budaya 'serangan peribadi' yang berlaku dalam pemilihan parti itu menerusi laman sosial baru-baru ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh wakil Dewan Muslimat Pas, Dr. Asiah Ali yang menyifatkannya sebagai perkembangan yang tidak sihat kepada usaha mengukuhkan parti.

"Kempen adalah dibenarkan dan sehinggalah melibatkan pengunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp. Namun, saya dapati ada kempen sampai ke tahap peribadi, memburuk-burukkan antara satu sama lain.

"Majlis Syura Ulama perlu kaji dan teliti perkara ini supaya kempen seumpama itu tidak berleluasa dan menjadi budaya dalam Pas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini

Dalam pada itu, Asiah turut meminta kepimpinan parti supaya mengemaskini pengurusan dengan pendekatan terkini, selain merangka prosedur operasi standard (SOP) yang mudah dan ringkas untuk ahli melaksanakan gerak kerja.

"Selain itu, setiap ahli dan pemimpin Pas perlu menerapkan amalan 'audit diri' melibatkan akhlak, ilmu dan iman," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment