Rakyat hakimi dakwaan Anwar - Reezal Merican
KEPALA BATAS, SABTU, 23 November, 2013: Rakyat ialah pihak paling layak untuk menghakimi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penafiannya pernah mengatakan kerajaan membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata, penilaian dan 'hukuman' yang diputuskan oleh rakyat terhadap penafian berkenaan adalah lebih penting.
"Berdasarkan bukti video di YouTube, beliau (Anwar) pernah mengatakan tentang perkara itu dan hari ini rakaman itu sudah tersebar seperti ketika beliau berucap di Perhimpunan Blackout 505.
"Biarlah rakyat menilai dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku dan pihak manakah yang bercakap benar dan pihak mana pula yang berbohong," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas penafian Anwar bahawa pembangkang pernah membuat kenyataan berkenaan, sebaliknya memberitahu pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, Reezal Merican merasmikan Seminar Transformasi Usahawan Global anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.
Kata beliau, sekiranya terbukti penafian Anwar itu tidak berasas, sudah pasti menjejaskan reputasi dan kedudukannya dalam politik. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment