My Add

Monday 2 July 2012

10,000 belia bersama menteri tonton final Euro 2012

SHAH ALAM, ISNIN, 02 Julai, 2012: Lebih 10,000 belia menyertai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menonton perlawanan akhir Piala Eropah 2012 di i-City awal pagi tadi menerusi program 'Majlis Belia 1Malaysia Mencetuskan Gegaran Eropah'. 

Program anjuran kementerian itu bermula jam 5 petang semalam dan diisi dengan pelbagai aktiviti menjelang acara kemuncak yang menyaksikan pertemuan juara bertahan Sepanyol menentang Itali yang disiar menerusi skrin LED gergasi. Sepanyol yang juga juara Piala Dunia 2010 mempertahankan kejuaraan Eropah dengan bergaya apabila menundukkan Itali 4-0. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment