My Add

Monday 2 July 2012

MBAS beri diskaun 50 peratus untuk kompaun letak kereta

ALOR SETAR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan diskaun 50 peratus kepada mereka yang menerima kompaun atas kesalahan tidak membayar caj meletak kenderaan yang akan bermula 1 hingga 30 Oktober ini. 

Tanpa menyebut jumlah kompaun yang dikeluarkan, Datuk Bandar Datuk Mat Noh Ahmad, berkata pemberian diskaun ini merupakan kali pertama dilakukan oleh MBAS bagi memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran kompaun mereka.

"MBAS juga mengambil inisiatif untuk memberi diskaun ini kerana masih ramai yang gagal melunaskan bayaran," katanya kepada pemberita di sini. 
Beliua berkata, bulan lalu, MBAS mengenakan tindakan mahkamah kepada sembilan pesalah yang gagal membayar kompaun tempat letak kereta. 

"Tiga kes sudah pun diselesaikan di mana pesalah dijatuhkan hukuman manakala dua kes sudah dikeluarkan waran tangkap kerana pesalah gagal hadir ke mahkamah dan empat lagi kes sedang dalam perbicaraan semula," katanya. 

Beliau berkata, bagi mengelak dikenakan tindakan mahkamah, mereka yang menerima kompaun tempat letak kereta dinasihatkan membuat bayaran bagi tawaran itu di kaunter bayaran MBAS atau kaunter bergerak yang disediakan. 

Katanya, selepas tempoh tawaran itu, kes kompaun yang tidak dilunaskan akan dibawa ke mahkamah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment