My Add

Friday 6 July 2012

1.5 juta mahasiswa terima diskaun buku

Ismail Sabri   
MOHD SOFEE WAHAB
PUTRAJAYA, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Lebih kurang 1.5 juta mahasiswa seluruh negara bakal menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KDS1M merupakan satu inisiatif baru yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mahasiswa.

“Pemegang KDS1M akan menerima potongan lima hingga ke 60 peratus daripada harga sebenar dan inisiatif ini dilihat dapat mengurangkan beban mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

“Dalam tempoh yang terdekat, Bank Rakyat akan memberikan keutamaan kepada mahasiswa tahun akhir bagi memastikan mereka menikmati kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata, KPDNKK menyahut cabaran untuk mewujudkan kad diskaun ini atas cadangan wakil pelajar dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lalu dan hasil dialog bersama mereka, isu kos sara hidup sering dibangkitkan.

“Jadi, keprihatinan kerajaan untuk memastikan seluruh mahasiswa dalam keadaan selesa ternyata memberi kesan baik.

“Selain itu, mereka tidak perlu memohon KDS1M kerana ia adalah percuma dan bakal diperoleh oleh setiap mahasiswa sejurus melayakkan diri ke IPT,” katanya.

KDS1M ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat dan akan mencetaknya serta menyalurkan terus kad berkenaan kepada semua IPT seluruh negara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh layari laman web www.1pengguna. com. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment