My Add

Saturday 21 July 2012

2 kereta bertembung, 1 maut, 1 parah

KOTA BHARU, SABTU, 21 Julai, 2012: Seorang peniaga maut dan seorang lagi cedera apabila kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Lepan Tupai, Gua Musang hari ini. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Abdul Ghani Yaakob, berkata peniaga, Hermang Ahmad, 49, dari Taman Tas, Kuantan, Pahang maut di tempat kejadian dalam kemalangan pada 9.30 pagi itu.

"Mangsa yang memandu Iswara Sedan yang sarat dengan buah-buahan dilaporkan dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lipis," katanya di sini, hari ini. 

Pemandu sebuah kereta lagi, Azrul Nizam Omar, 20, yang beralamat di PPR Cochrance Perkasa, Jalan Nakhoda Yusoff, Kuala Lumpur cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Gua Musang. Keadaan Azrul Naim dilaporkan stabil. 

Azrul Nizam yang memandu kereta Toyota Vios sarat dengan barangan milik rakannya, seorang guru yang berpindah dari Sabah ke Kelantan, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu apabila kemalangan. 

Abdul Ghani berkata, tujuh anggota Bomba dan Penyelamat bersama sebuah jentera mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan masing-masing setelah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.45 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment