My Add

Thursday 26 July 2012

3 Hakim Syarie Perlis terima watikah

KANGAR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Tiga orang Hakim Syarie dan empat Pendaftar Mahkamah Syariah Perlis menerima watikah pelantikan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau malam tadi. 

Mereka ialah Ketua Hakim Syarie, Saarani Ismail dan dua Hakim Mahkanmah Rendah Syariah, Mohamad Zaidi Abdullah dan Nurul Wazeera Ahmad Dahalan.

Baginda turut menyampaikan watikah kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Perlis, Yusof Abd Manaf, Pendaftar Norhamiza Ghazali dan dua Penolong Pendaftar Nur Hamizi Hasan serta Md Akhir Majid. 

Di majlis yang sama, Tuanku Syed Sirajuddin Putra menyampaikan watikah kepada ahli-ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis. 

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. 

Raja Perlis dan Raja Muda kemudiannya menyertai tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli MAIPs, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Baitulmal, Pelaburan dan Pendidikan MAIPs serta pegawai kanan Jabatan Agama Islam Perlis pada majlis berbuka puasa dan solat Tarawih. 

Baginda berdua turut berkenan menerima menghadap Imam Masjid Riyadh Arab Saudi, Shaikh Saleh Abdulmuhsen Alsakhan. 

Shaikh Saleh ditempatkan di Perlis oleh Kedutaan Besar Arab Saudi sepanjang Ramadan ini untuk mengimamkan solat jamaah dan Tarawih, di atas permintaan Jabatan Mufti Perlis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment