My Add

Thursday 26 July 2012

Musa pinta wakil rakyat Sabah perbanyak aktiviti Ramadan

SANDAKAN, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Wakil rakyat di negeri ini diminta memperbanyakkan aktiviti turun padang pada bulan Ramadan terutama bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengadakan majlis berbuka puasa untuk rakyat. 

"...ini akan mengeratkan hubungan wakil rakyat itu dengan rakyat," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, di Kampung Kenangan Manis dekat sini, hari ini. 

Terdahulu ketika berucap, Musa berkata, keamanan yang dikecapi di negara ini membolehkan rakyat melakukan ibadah puasa dengan selesa. 

Keadaan itu, katanya, adalah berbeza dengan beberapa negara Islam bergolak seperti Syria yang menyaksikan rakyatnya hidup dalam keadaan tidak tenteram. 

Sehubungan itu, Musa mengajak penduduk Sabah memastikan keadaan aman di Malaysia berterusan dengan mengelak daripada membabitkan diri dalam kegiatan yang boleh menimbulkan kekacauan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment