My Add

Tuesday 3 July 2012

30 ahli Pas Merbok tinggalkan parti, sertai UMNO

SUNGAI PETANI, ISNIN, 02 Julai, 2012: Seramai 30 ahli Pas dari Kampung Jilid 8, Kampung Gelam dan Kampung Teluk Che Lela, Merbok dekat sini mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain dalam satu majlis di sini hari ini.

Seorang petani, Abdul Mutalib Jaafar, 55, berkata, dia dan keluarga sudah muak dengan janji manis Pas yang tidak pernah ditunaikan.

Katanya, dia pernah menjadi ahli dan mengundi Pas sejak 20 tahun lalu tetapi dianaktirikan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apabila berlaku masalah di kalangan penduduk, mereka tidak pernah cuba untuk selesaikan meskipun ia masalah kecil. Malah, mereka hanya menyerahkan bulat-bulat untuk diselesaikan oleh wakil UMNO," katanya kepada pemberita. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment