My Add

Tuesday 3 July 2012

NGO desak 'pembersihan' Unisel daripada politik

SHAH ALAM, ISNIN, 02 Julai, 2012: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili rakyat negeri ini mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor agar memecat ahli lembaga pengarah Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kaitan dengan parti politik.

Tuntutan itu dikemukakan oleh Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Majlis Belia Selangor (MBS) yang menyifatkan penglibatan orang politik dalam pentadbiran Unisel merupakan tindakan yang dibimbangi akan wujud penyalahgunaan institusi pengajian tinggi itu untuk kepentingan politik.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin (gambar) berkata, penglibatan ahli politik dalam pengurusan Unisel khususnya sebagai ahli lembaga pengarah sebenarnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada usaha membangunkan universiti itu sebagai pusat pengajian tinggi utama di Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment