My Add

Friday 6 July 2012

33% tenaga mahir industri diperlukan menjelang tahun 2015

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 33 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi di sektor industri menjelang 2015 bagi menampung keperluan negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh berkata, sektor berkenaan masih lagi berhadapan dengan kemelut kebanjiran buruh asing lantaran kurangnya sambutan belia tempatan untuk menceburi bidang vokasional.

Tahap kemahiran tinggi dan penggunaan teknologi moden dalam sektor industri, katanya, akan dapat menarik minat lebih ramai belia tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor berkenaan dan seterusnya memacu pembangunan negara.

"Kita juga menyasarkan penglibatan sebanyak 50 peratus tenaga pekerja mahir menjelang 2020 dan kerajaan sedang giat meningkatkan usaha untuk mempromosikan bidang kemahiran vokasional ini sebagai sebuah aliran yang digemari belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya menyeru mereka yang terlibat dengan sektor ini memberi sumbangan kepada kerajaan bagi meningkatkan status aliran berkenaan sebagai pilihan generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) Ke-21 Peringkat Akhir di Dewan Besar, Kompleks Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Johor, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi CIDB, Datuk Ir. Hamzah Hasan.

PKM peringkat akhir yang disertai seramai 144 peserta mewakili pelbagai institusi kemahiran dari seluruh negara tersebut berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Acara kemuncak program akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin ini bersempena dengan Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran dan peserta yang memperoleh markah tertinggi dalam mana-mana bidang dipertandingkan akan menerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri pada majlis itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment