My Add

Friday 6 July 2012

Urus niaga guna dirham, dinar di Kelantan tiada sambutan

KOTA BHARU, KHAMIA, 05 Julai, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Peniaga dan orang ramai sekitar bandar ini lebih selesa menggunakan mata wang ringgit dalam urusan jual beli berbanding dirham dan dinar yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT).

Dakwa mereka, urus niaga menggunakan mata wang ringgit lebih mudah berbanding penggunaan dinar dan dirham yang agak menyulitkan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah di sini mendapati, hampir semua peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan mata wang ringgit walaupun pasar tersebut merupakan antara lokasi yang digalakkan kerajaan negeri berurusan menggunakan dirham dan dinar.

Seorang peniaga, Lokman Ibrahim, 47, berkata, dia masih tidak memahami konsep penggunaan dirham dan dinar dalam urusan jual beli. 

1 comment:

  1. Hahaha,wartawan kena kajiselidik dulu pasal dinar, dirham..kena faham isu sebenar..dorg gi tanya penjual pembeli di pasar ikan, kompem2 dorg takpakai dinar/dirham...nilai dinar/dirham tinggi...1Dinar skang ni lebih kurang RM835 manakala 1Dirham = RM25
    Melainkan kerajaan Kelate keluarkan 1/4 dirham, 1/8dirham, 1/25 dirham...barulah sesuai utk urusan jual beli sayur ikan budu...
    Try cuba gi tanya penjual motosikal/kereta area KB, insyaAllah dorg akan terima...sbb nilai emas & perak sentiasa naik...

    ReplyDelete