My Add

Friday 13 July 2012

39 dikenal pasti usahakan KR1M

*ISMAIL Sabri Yaakob ditemani Jainab Ahmad Ayid (kiri) dan Ameer Ali Mydin (kanan) menunjukkan barangan 1Malaysia sebagai simbolik kepada perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA 
KOTA KINABALU, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Kerajaan mengenal pasti kira-kira 39 pengusaha yang berpotensi untuk mengusahakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi KR1M itu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pengusaha berkenaan menerusi konsep Model 3 KR1M.

"Kementerian akan melantik semua pengusaha ini dalam masa terdekat tetapi sebelum memulakan perniagaan itu, kita kena tengok kesesuaian tempat perniagaan mereka itu.

"Kita tidak mahu mereka berniaga bersebelahan dengan kedai lain seperti pasar yang disediakan oleh mana-mana majlis daerah kerana takut akan berlaku persaingan daripada peniaga lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan KR1M Inanam dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment