My Add

Friday 13 July 2012

Bank-bank Malaysia terus teguh

KUALA LUMPU, KHAMIS, 12 Julai, 2012: R 12 Julai - Institusi perbankan di Malaysia dan Thailand kekal teguh dan akan terus berkembang pada tahun depan, sekalipun pengembangannya lebih rendah berbanding pada 2011, menurut Moody Investors Service.

Malah, Moody mengunjurkan tinjauan stabil bagi sistem perbankan bagi kedua-dua negara dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Menurutnya, pertumbuhan pinjaman yang sederhana disebabkan oleh persekitaran luar yang teruk ekoran eksport dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dijangka terus beku.

Tetapi, perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan pendapatan isi rumah akan menyokong aktiviti sektor perbankan di kedua-dua negara, tambah Moody.

Firma penarafan itu mengunjurkan pertumbuhan pinjaman tahunan antara 9.0 peratus kepada 11 peratus bagi bank-bank di Malaysia tahun ini dan akan datang berbanding 14 peratus pada 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment