My Add

Sunday 22 July 2012

8 banduan rakyat tempatan, Singapura, Indonesia diampun

KAJANG, SABTU, 21 Julai , 2012: Jabatan Penjara mencatat sejarah apabila lapan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan gantung sampai mati di empat penjara di negara ini, dibebaskan serentak setelah mendapat pengampunan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjelang hari pertama Ramadan.

Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Penolong Komisioner Adnan Atan berkata, pembebasan lapan banduan hari ini merupakan jumlah paling ramai pernah dicatatkan setakat ini.

Beliau berkata, banduan bertuah tersebut terdiri daripada lima warga Indonesia, dua rakyat tempatan dan seorang Singapura yang masing-masing menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor; Bentong, Pahang; Kajang, Selangor dan Pokok Sena, Kedah.

"Pengampunan diberikan kepada banduan dari dua negara lain itu jelas membuktikan hak dan layanan sama rata diberikan kepada semua banduan untuk membuat petisyen atau rayuan serta mendapat sebarang pertimbangan hasil kajian hukuman terhadap mereka," katanya pada sidang akhbar di Penjara Kajang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment