My Add

Sunday 22 July 2012

Insaf kesalahan lampau

POKOK SENA, SABTU, 21 Julai, 2012: "Gunakan kebebasan dengan sebaik mungkin. Jaga tingkah-laku dan jangan lakukan kesalahan. Jangan jadi seperti kami yang terpaksa menghabiskan zaman muda di dalam penjara."

Begitu pesan Mansur Tahir, 50, yang memperoleh peluang kedua untuk memulakan kehidupan baru selepas menjadi penghuni tembok besi sejak 30 tahun lalu atas kesalahan memiliki senjata api bagi tujuan rompakan.

Mansur dan seorang lagi rakannya, Salleh @ Mus Mion, 43, warga Indonesia dan menjalani hukuman seumur hayat di Penjara Pokok Sena di sini, antara lapan tahanan yang mendapat pengampunan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena permulaan Ramadan.

Lelaki yang berasal dari Sumbawa, Bali itu berkata, dia insaf dengan perbuatan lampau dan pengalaman di penjara termasuk mempelajari kemahiran jahitan serta pengisian keagamaan banyak mengubahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment