My Add

Tuesday 3 July 2012

8 penyamun termasuk 3 wanita ditahan

NIBONG TEBAL, ISNIN, 02 Julai, 2012: Polis menahan lapan orang termasuk seorang anggota tentera yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mereka ditahan dalam satu operasi khas minggu lepas selepas melakukan samun terhadap tiga lelaki warga Bangladesh di Taman Jawi Ria, di sini pada 26 Jun lepas.

"Hasil maklumat kes samun itu, anggota polis Balai Bergerak Sungai Bakap melancarkan ”Ops Kesan” dan mengekori sebuah jenis Honda Jazz yang dinaiki empat lelaki terbabit dan sedang menuju ke arah utara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan (SPS), di sini hari ini.

Katanya dengan bantuan anggota ronda bermotosikal dari Balai Polis Sungai Bakap dan Balai Polis Bukit Tengah, kereta Honda Jazz itu berjaya dikepung di kawasan Perkampungan Juru.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment