My Add

Tuesday 3 July 2012

12 penuntut UiTM ke India untuk projek satelit

SHAH ALAM, ISNIN, 02 Julai, 2012: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menghantar 12 penuntutnya ke Universiti Noorul Islam di Tamil Nadu, India untuk menyertai projek pembinaan dan pelancaran satelit universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Profesor Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM akan menanggung kos penghantaran semua penuntut Fakulti Kejuruteraan itu, yang berada di sana tiga bulan sehingga Oktober ini bersama penuntut universiti lain dari seluruh dunia.

Beliau berkata, mereka akan berlepas ke India hujung bulan ini.

"Harapan saya ialah supaya penuntut kita akan balik dan mampu membina serta melancar satelit sendiri di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan pasukan UiTM ke pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2012 hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment